Bimbingan Asas e-Commerce(Shopee)

25 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Mac 2024, bimbingan asas e-commerce Shopee telah diadakan. Kelas ini bertujuan membimbing peserta membangunkan akaun Shopee untuk tujuan pembelian dan penjualan produk perniagaannya. Turut di ajar juga bahagian yang perlu diisi dan dilengkapkan oleh pengguna. Sesi bimbingan ini telah berlangsung selama 1 jam dari pukul 3.00 petang hingga 4.00 petang.

Pada sesi bimbingan ini turut diselit taklimat Klik dengan Bijak (KDB), Advokasi dan Kempen Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong bagi mendidik pengguna internet yang bertanggungjawab. Semoga segala input daripada sesi ini dapat membantu komuniti setempat sejajar dengan usaha melahirkan usahawan yang berjaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali